Wartawan Baru Nak Tanya Soalan Betul Ke Zainal Abidin Kahwin Lagi Dan Bukan Status Duda. Sekali Ini Jawapan Lagenda Zainal Abidin

Akhirnya khabar angin mengenai adik kepada pelakon popular, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat mengahwini bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan sudah pun terjawab.

Pengakuan tersebut di buat sendiri oleh Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, namun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkahwinan mereka dan hanya minta netizen mendoakan yang terbaik.

Setelah mengesahkan perkahwinan itu, ramai beranggapan Zainal Abidin merupakan seorang duda, tetapi ada yang mendakwa dia masih lagi suami orang.

“Mesti BFF Ira Ni..” – Fyna Jebat Akui Dah Kahwin, Ada Dakwa Zainal Abidin Bukan Duda?

Pendedahan tersebut dilakukan oleh seorang individu di laman TikTok dan sememangnya membuatkan netizen berasa terkejut serta pelik kerana ramai yang menerima perkahwinan tersebut tanpa mengecam Fyna sedangkan kes ini sama seperti Ira Kazar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati keatas isteri pertama bekas jurulatih Liga Super itu dan meluahkan rasa kecewa kerana kini terlalu ramai wanita menganggu rumah tangga orang lain.

Antara komen netizen,

Cantik Datin Zalina takde kurang pada saya, Semoga Allah merahmati hidup beliau

Mak aku pesan, kalau laki aku nak nikah lagi 1, benarkan je. jgn gaduh. Bila laki sakit biar madu bela. Aku datang melawat je

Semoga Para Isteri Yg Dimadukan Ni Terus Kuat Melawan Segala Dugaan Hidup. Tp Sy Tau Bkn Mudah. Ketahuilah..Allah Ada

 

Jgn Mengalah Datin Nti Xdpt Pencen. Klu Laki Ada Harta Kene Pertahankan Sbb Yg Br Dtg Blom Tentu Sehebat Datin. Sy Dlu Ex Byk Utang So Sy Angkat Kaki

Nampak Gaya Nye Tahun Ni Tahun Untuk Wanita Terluka.Semoga Tabah Wahai Kaum Hawa Atas Ujian Dari Allah SWT

Sekadar info, Datuk Zainal Abidin Hassan merupakan bekas pemain bola sepak terkenal ketika era 80-an dan 90-an.

Cuba Hubungi Zainal Abidin

Respons ringkas bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan kepada Kosmo! Online ketika diminta mengulas tentang perkahwinan dengan penyanyi, Fyna Jebat sementelah dirinya bukanlah berstatus duda.

“Maaf saya tengah meeting” – Zainal Abidin

Selepas memberikan kenyataan tersebut, Zainal, 62, terus meletakkan telefon dan gagal dihubungi lagi sama ada menerusi panggilan telefon mahupun pesanan WhatsApp.

Terdahulu, tular dalam TikTok pengguna Twitter mendedahkan bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an itu berkahwin dengan Fyna dan bukanlah berstatus duda.

“Bila pula Zainal tu duda,” demikian coretan dalam sebuah video dimuat naik dalam platform media sosial tersebut seraya memaparkan untaian foto Zainal bersama isteri pertamanya.

Sehubungan itu, ramai yang berasa hairan mengapa Fyna tidak dikecam seperti Ira Kazar yang berkahwin dengan suami Puteri Sarah iaitu Syamsul Yusof sedangkan dirinya berkahwin dengan lelaki yang statusnya masih berstatus suami orang.

Malam tadi, Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, 30, mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan Zainal.

“Alhamdulillah, saya telah bernikah. Harap doakan saya dan keluarga,” katanya ketika ditemui usai program realiti, Famili Duo.

Sungguhpun begitu, Fyna yang juga adik kepada pelakon Ayda Jebat itu enggan memperincikan butiran lanjut, termasuk tarikh perkahwinan mereka.

Sumber – K0SMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*