SELUAR SENDAT NAMPAK BONJOLAN, INI RESPON PUTERA MUHAMMAD, MEMANG TAK SANGKA!

PENYANYI Putera Muhammad tampil membuat permohonan maaf atas tindakannya memakai seluar kulit berwarna hitam sendat ketika melakukan persembahan di pentas akhir Big Stage 2023 (BS2023) pada malam Ahad.

Putera atau Putera Muhammad Shamsull Kamar, 31, menjelaskan dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa memakai seluar itu memandangkan hanya menerimanya tiga jam sebelum siaran langsung bermula.

Jelasnya, pergerakannya yang lincah di atas pentas mungkin menyebabkan bonjolan pada bahagian kemaluannya kelihatan jelas dan ia bukan perkara disengajakan.

putera1 - 1

Penampilan Putera di atas pentas mendapat perhatian netizen.

“Sebenarnya itu seluar kecemasan… tak sempat nak periksa betul-betul dan mungkin ada terlepas pandang. Saya minta maaf kepada yang kurang senang melihat saya di atas pentas.

Memang saya nak cari seluar kulit dan sekitar pukul 6 petang baru saya dapat seluar ini. Masa cuba pakai okay sahaja tapi mungkin sebab pergerakan di atas pentas membuatkan ia nampak macam tak senonoh,” katanya kepada mStar.

Putera menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media pentas akhir Big Stage 2023 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.

Netizen mula membahaskan mengenai seluar dipakai Putera selepas dia selesai membuat persembahan pertama menerusi lagu Fantasia Bulan Madu.

Sebenarnya itu seluar kecemasan… tak sempat nak periksa betul-betul.
PUTERA MUHAMMAD
PENYANYI
Penampilan Putera dikecam kerana seluar ketat yang digayakan menampakkan bonjolan pada bahagian kemaluannya.

Sementara itu, bercakap mengenai BS2023, Putera berpuas hati mendapat tempat ketiga meskipun netizen meramalkan dia menjuarai pertandingan itu.

putera2 - 1

Putera berpuas hati dengan persembahan akhir di BS2023.

“Sejujurnya selepas saya habis membuat persembahan, saya berserah untuk dinilai oleh juri. Saya berpuas hati dengan persembahan yang saya lakukan.

“Apa-apa pun saya bersyukur kerana semua perancangan saya untuk persembahan pentas akhir ini berjalan lancar,” katanya.

Sumber BN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*