Selama Ni Rupanya Tanggung Biawak Hidup? Baru Je 2bulan Kawin Akhirnya Fatln Buka Cerita

Bulan lalu, Fatin Afeefa baru sahaja selesai prosiding pertama mengenai tuntutan yang dibuat oleh Adam Shahz terhadap hak penjagaan anak mereka Ivy Herra Sophia.

Difahamkan, permohonan ini dibuat atas alasan tidak mahu pertalian di antara seorang ayah dan anak berakhir begitu sahaja. Namun, jika sebutan semula pada 28 Februari nanti gagal, lelaki tersebut tidak mengharap Iebih.

Gembira jalani kehidupan bersama suami dan anak-anak…Dapat hadiah beg baru. Kembali bergelar isteri kepada Aliff Awang atau Iebih dikenali sebagai Opai, Fatin Afeefa kelihatan begitu gembira menjalani kehidupan bersama keluarga tersayang.

Bahkan baru-baru ini, dia telah berkongsi rakaman dihadiahi suami sebuah beg tangan berjenama bagi menggantikan handbag lama yang sudah rosak. Nanti korang fahamlah… Mencintai biawak takkan boleh bagi kita makan.

Dalam pada itu di sedutan live semalam, pelakon ‘Tentang Bulan’ ini sempat memberi bayangan solah-olah kerap menanggung keluarga sebelum berpisah dengan bekas suami dahulu. Fatin juga akui sudah Ietih untuk berhadapan dengan semua perkara tersebut.

Justeru, dia kini hanya berharap Opai mampu untuk menjalani tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah yang balk buat dirinya serta anak-anak.

Zaman sekarang semua perlu duit termasuk nak besarkan anak-anak. Menjengah ke ruangan komen, ramai berasa terhibur apabila wanita tersebut turut sama menggelarkan Opai sebagai ‘biawak’.

Mengikuti kisah hidup sejak perkahwinan terdahulu, netizen akui bersetuju dengan kata-kata Fatin mengenai hak seorang isteri untuk diberikan nafkah oleh suami.

Bukan mahu membuat tuduhan melulu, namun ada juga yang menasihati Fatin Afeefa supaya berhati-hati kerana risau jika si suami ada simpan wanita lain tanpa pengetahuannya.

Sumber : erinsakura

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*