Polis siasat anggota didakwa kacau isteri orang selepas tular satu video

Polis siasat anggota didakwa kacau isteri orang .

Polis Melaka buka kertas siasatan mengenai dakwaan seorang anggota yang dikatakan ada hubungan sulit dan ganggu isteri orang seperti video tular di media sosial sejak semalam.

Suami wanita tersebut telah buat laporan berhubung salah laku anggota berusia 36 tahun yang bertugas di Balai Polis Ayer Keroh itu.

Pihak polis sedang siasat meliputi pelbagai elemen termasuk perlu hantar sampel video forensik bagi tentukan kesahihan.

Anggota terbabit masih bertugas seperti biasa dan kes disiasat di bawah Sesyen 498 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memikat dan memperdaya isteri orang.

Sumber: BERNAMA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*