Didakwa ‘Check In’ Hotel Bersama, Dua Pelakon Baru Curang Dengan Pasangan Masing-Masing?

Dua pendatang baru dalam industri hiburan dikatakan sedang angau bercinta selepas dua keping gambar mereka tersebar.

Jazmy Juma dan Sanjna Suri pertama kali digandingkan bersama menerusi filem yang mencetus kontroversi baru-baru ini, Pulau.

Menurut sumber yang menghantar dua keping foto, mereka berdua dilihat keluar bersama malah sangat mesra dan romantis.

Bagaimanapun, difahamkan sebelum ini kedua-dua mereka pernah mengaku mempunyai kekasih dan dalam hubungan serius.

Cubaan pihak media menghubungi Jazmy dan Sanjna untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang status terkini mereka tidak berjaya selepas panggilan telefon tidak dijawab dan mesej tidak dibalas.

Sumber BN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*