Bella Astillah Tampil Beri Komen Tentang Apa Yg Terjadi Antara Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Yg Berkahwin Dgn Ira Kazar

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kagum dengan kekuatan Puteri Sarah Liana dalam menghadapi kontroversi rumah tangga bersama suami, Syamsul Yusof.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Bella menyatakan sokongan sentiasa berpihak kepada rakannya itu.

“Sejak mengenali awak (Puteri Sarah), awak tidak pernah lembik tetapi selalu bersemangat dan positif.

“Sejujurnya, awak sudah menang sekarang. Keluarga mentua, keluarga, rakan selebriti, ‘jabatan’ netizen, isteri dan wanita di Malaysia berada di belakang awak.

“Kami sayang awak dan kekal kuat,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Bella yang juga isteri kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz menegaskan perkara yang dipanggil kifarah (balasan terhadap sesuatu perbuatan) pasti terjadi.

“Kita kecewakan orang, esok lusa orang lain akan buat pada kita semula. Kita buat jahat dekat orang, esok lusa kena pada kita semula.

“Hidup ini umpama roda. Tunggu masanya roda itu menghentam anda semula.

“Anda akan ingat apa yang pernah dilakukan terhadap seseorang,” katanya yang pernah berdepan kemelut rumah tangga dengan Aliff hingga menjadi bualan ramai, beberapa tahun lalu.

Melalui hantaran di Instagram (IG) Story, Bella menegaskan perkara yang dipanggil kifarah (balasan terhadap sesuatu perbuatan) pasti terjadi dalam hidup. Foto IG Bella Astillah

Kenyataan Bella itu adalah susulan pengakuan Syamsul menerusi video yang dimuat naik di IG mengesahkan sudah berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand.

Majlis akad nikah berkenaan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*