Bakal Menimang Cahay Mata Lagi, Jamal Abdillah Beri Peluang Peminat Pilih Nama Sesuai Anak Keempatnya

Kuala Lumpur: Raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, memberi peluang kepada peminat untuk memilih nama sesuai buat anak keempatnya bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, yang dijangka lahir pada 23 Mac ini.

Menurut Jamal, dia juga meminta peminat dan pengikutnya di media sosial untuk sama-sama mencadangkan nama sesuai untuk anggota baharu dalam keluarganya itu.

“Kalau peminat atau pengikut di laman sosial saya ada nama sesuai dengan maksud yang baik dan indah untuk bayi perempuan kami ini, boleh tinggalkan komen di laman Instagram saya dan isteri.

“Kami masih mencari nama yang sesuai lagi dan isteri pula hanya serahkan pada saya untuk memilihnya,” katanya.

Sebagai bapa, Jamal berkata, dia dan isterinya juga tidak sabar menantikan kelahiran bayi perempuan itu sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangganya.

“Alhamdulillah, isteri saya, Zai dan bayi perempuan dalam kandungannya juga dalam keadaan sihat serta tiada masalah.

Jamal Abdillah can't wait to be a dad again | The Star

“Usia kandungan isteri juga sudah mencecah tujuh bulan. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada merancang untuk menambah anak lagi selepas ini, Jamal memberitahu, dia dan isteri memutuskan anak keempat itu adalah yang terakhir.

“Saya berasa sudah cukup kami memiliki empat anak iaitu dua pasang anak lelaki dan perempuan.

“Kalau nak tambah anak lagi, saya perlu fikirkan kos untuk kami besarkan dan menyara mereka hingga masuk ke universiti.

“Justeru, fokus kami sekarang untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil ini dan memberikan pendidikan terbaik buat mereka,” katanya.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup dengan Zai, Jamal memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack,2; dan Isksndar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal juga memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16.

Sumber Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*