Aliff Syukri Disoal Netizen Bila Mahu Kahwin Dua, Respon Datin Shahida Memang ‘Win’!

Kebelakangan ini, Isu berkahwin dua sedang hangat diperkatakan warganet di media sosial setelah seorang pengarah dan pelakon terkenal dikatakan telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang wanita yang juga anak pelakon veteran di Thailand baru-baru ini.

Disoal Netizen Bila Mahu Kahwin Lagi

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri turut mendapat tempias apabila disoal oleh netizen di TikTok bilakah dia mahu berkahwin lagi.

“Soalan apa ni ekk orang TikTok 🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️. Bagi saya, ajal, maut, jodoh di tangan Allah.”-Kapsyen Aliff di TikTok

“Kahwinlah Dua..Nak Ke?”

Aliff Syukri dilihat bertanyakan pendapat isterinya, Datin Seri Nur Shahida berhubung soalan netizen berkenaan. Namun, isterinya memberikan respon yang sangat jujur dan wajar.

“Kahwinlah dua..Nak ke? Pindahkan semua aset dulu kepada nama saya pastu suka hatilah nak kahwin dua ke sepuluh ke.”-Balas Datin Shahida sambil tertawa kecil

@aliffsyukriterlajaklaris

Replying to @broken Soalan apa ni ekk org tiktok🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️ bagi sy.. Ajal maut,jodoh ditangan allah..

♬ original sound – Terlajaklaris – Dherbs Terlajak Laris

Peminat Halang Aliff Syukri Kahwin Lagi?

Ruangan komen dibanjiri dengan komen netizen yang menghalang Datuk Aliff Syukri berkahwin lagi, malah ramai yang bersetuju dengan respon Datin Shahida yang disifatkan sangat wajar.

“Sebab life dengan Datin bermula dengan kosong, so nak kahwin lain, kena bermula dari kosong balik, baru adil.”

“Datuk tak payah lah kahwin 2. Isteri Datuk tu dah lah cantil, baik hati lagi 😂.”

“Saya respect Datuk ni dia setia je dengan isteri dia walaupun dia kaya raya.”

“Terbaik Datin jawapan yang jujur dan sangat wajar 😂😂.”

“Tak payah lah Datuk. Kasihan Datin.”

 

Apa komen anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*