M4buk dan buat kacau… pelakon wanita kena denda RM20, ini rupanya gerangan pelakon tersebut

AKIBAT ma.buk dan membuat kacau di sebuah restoran pada 5 Januari lalu, pelakon wanita dan bekas model, Persana Avril Sollunda didenda RM20 oleh Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.

Hukuman diputuskan Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas tertuduh, Persana, 40, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sehari sekiranya gagal membayar denda itu.

persana2 - 1

Persana mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh telah pun membayar denda berkenaan.

Menurut laporan media, Persana melakukan kesalahan berkenaan di sebuah restoran di Daman Plaza Luyang, Sabah pada pukul 11 malam.

Mengikut Seksyen 510 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan penjara hingga 10 hari atau didenda tidak melebihi RM20 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.

Sementara itu, berdasarkan fakta kes Persana dilihat mabuk, gagal mengawal diri, berkelakuan tidak senonoh serta menganggu pelanggan lain.

persana3 - 1

Persana pernah tular kerana menanggalkan baju di khalayak ramai.

Pihak polis yang tiba di lokasi menahan aktres berkenaan yang ketika itu dipegang beberapa pekerja restoran bagi mengelakkan tertuduh membuat kacau di restoran terbabit.

Sebelum ini, Persana pernah tular di media sosial kerana didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai tanpa baju dan coli di Petaling Street, Kuala Lumpur pada 23 April 2015.

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman mengenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM4,000.

Antara komen netizen yang tidak berpuashati,

Tak setimpal dgn gaji hakim, Peguam serta yg terlibat dalam kendalian kes ni . Rugi masa je.
Kena gubal undang2 baru dah ni. Paling tidak bagi denda 20K baru ada akal. Peringatan untuk yg suka mabuk dan kacau keharmonian orang lain.

Cukur Kerajaan mengekalkan harga saman yg murah utk persalah mabok yg buat kacau, sungguh mengurangkan beban bagi persalah, ini boleh membuatkan kita menahan diri dari impressed…🤲🤲🤲 Cukur.

Merepek punya hukuman… Sepatutnya denda di kenakan paling minima dgn ambil kira jumlah jam masa yg dihabiskan utk kes dan kesalahan ini… Kira jam jumlah masa penjawat awam, transport, lokap jika ada guna, penggunaan pejabat, bangunan mahkamah, air cond, gaji mereka yg terlibat menguruskan kes dsb… Sebagai pengajaran.

Siapa laa i.o yg baik hati sgt tu…dakwa dibwh seksyen 510….lain mcmmm….
Jgn bazir waktu polis pengiring makamah n majestrit…elok ko lepaskn terus….ini semua lanci….

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*