Dituduh Sebabkan Kematian Isteri Dan Ahli Fr33mason, Ini Yang Bakal Shuib Lakukan!

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Shuib sudah hilang sabar apabila seorang pengguna Facebook menuduh dia sebagai antara ahli sebuah organisasi bermula dengan huruf F dipercayai merujuk kepada Freemason.

Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan berhubung tuduhan jahat dilemparkan terhadap dia yang turut mengaitkan Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin.

Malah Shuib memberitahu dia ingin bertemu sendiri dengan pengguna Facebook berkenaan dalam tempoh 24 jam.

“Banyak hari saya sabar, hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan Mamat ini yang mana tulisannya terlalu hebat dan berani.

Shuib 4

Tuduhan dibuat seorang pengguna Facebook terhadap Shuib.

“Kenapa kau libatkan arwah isteri aku Siti Sarah? Freemason? Apa yang kau tahu? Meh cakap depan-depan aku!

“24 jam cari aku! Peguam tengah jalankan kerja. Tunggu!” katanya.

Shuib berkongsi perkara itu menerusi akuan Instagram miliknya yang turut memaparkan hantaran dari pengguna Facebook berkenaan.

Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut mendakwa arwah Siti Sarah dipaksa ditidurkan kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu-ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin.

Bukan itu sahaja, pengguna Facebook tersebut juga mendakwa organisasi yang bermula dengan huruf F itu menggunakan artis untuk mempromsikan vaksin.

“Tak sangka eh bekas Mat Kilang ini ahli F juga, pasal arwah SS (Siti Sarah) itu pun kita memang tahu dia dipaksa untuk ditidurkan sebab mamat ini nak buktikan pada ibu-ibu mengandung di luar sana yang kalau kau tak cucuk vaks (vaksin) kau berisiko tinggi untuk mati.

“Dan benda itu viral dan berduyun-duyun ibu mengandung yang pergi cucuk,” tulis individu itu dalam hantaran tersebut.

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya Ayash Affan.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*