“Saya Ada Bukti Video” – Yana Samsudin Nafi Insiden Pasu Jatuh Sekadar Gimik , Tak Akan Bayar Aliff Syukri Ganti Rugi RM400k

Pelakon Yana Samsudin menafikan dakwaan orang ramai mengenai insiden pergaduhan antara dia dan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai satu gimik atau ‘marketing’ murahan.

Ujar Yana, insiden berkenaan memang benar berlaku dan hanya tular selepas dua minggu ia berlaku.

Difahamkan, Yana diberitahu hal itu sudah pun selesai memandangkan kejadian itu berlaku ketika proses rakaman yang memintanya untuk menjadi pengacara bagi sebuah program temubual bersama Aliff di kediaman usahawan itu.

Ketika itulah Aliff mula menunjukkan barangan rumah termasuk set pinggan mangkuk jenama dan pasu mahal dimiliki. Aliff memegang pasu dan tunjuk kepada saya. Dia suruh saya pegang, tapi saya taknak sentuh.

Masa nak berikan pasu, saya tak sambut. Ketika itulah pasu terlepas daripada genggamannya dan terjatuh. Saya pelik kenapa barangan berharga nak suruh saya sentuh. Saya takut.

Berikutan itu, Yana berpendapat dia mempunyai cukup bukti dan tidak akan tunduk dengan kemahuan Aliff Syukri yang memintanya untuk membayar ganti rugi lebih kurang RM400,000.

Aliff marah sebab saya tak sambut pasu. Dia yang hempas pasu, saya pula yang dipersalahkan. Dia mula membebel dan menghina. Itu yang buat suami mula bergaduh dengannya.

Menjawab dakwaan riak wajah Yana yang seolah-olah berlakon dan tidak serius, pelakon itu mendakwa dia berada dalam keadaan terkejut dan bingung kerana sedang sibuk di set dan dalam pada masa yang sama terpaksa berhadapan dengan situasi yang tiba-tiba seperti itu.

“Ramai mempertikaikan wajah saya tidak seperti orang dalam ketakutan. Kenapa nak takut, saya tak pecahkan pasu. Jika dia nak saman saya tak kisah, dalam rakaman kita boleh nampak dia sengaja melepaskan pasu” ujarnya lagi.

Difahamkan, Yana turut mengalami sedikit kecederaan gara-gara terluka akibat terkena sisa pasu yang terjatuh dan terhempas ke lantai sehingga membataskan urusan harian selama dua minggu.

Sumber BN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*