Manisnya Bermadu, Suami Bagi Bini Muda Duit Belanja Sebelum Balik Rumah Isteri Tua Buat Ramai Wanita Ingin Juga Bermadu

Dengar saja perkataan poligami, pasti para wanita sudah tidak senang duduk kerana ia merupakan sesuatu yang agak sukar diterima walaupun ada yang sedia untuk berkongsi kasih.

Namun, jika sudah merasai kebahagiaan berpoligami, perkara tersebut tidak menjadi masalah dan tugas seorang suami pula haruslah adil dengan isteri-isteri yang lain.

Bagi duit belanja

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Fara Zurkanaini apabila memuat naik satu video  diberikan suami RM20,000 tunai selepas meminta duit belanja sebelum lelaki itu balik ke rumah isteri satu lagi.

Dia yang merupakan isteri kedua juga sempat berseloroh diruangan kapsyen dengan meminta sebiji istana memandangkan duit RM20,000 senang sahaja diberinya.

Biar tak kaya asal berkongsi
Perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai dan telah ditonton lebih dari 300 ribu viewers tidak sampai sehari dimuat naik. Rata-rata mereka berasa gembira dengan kebahagian yang dikecapi pengguna TikTok itu.

Ada juga yang mengatakan jika suami dapat memberikan duit belanja sebesar itu, hidup dimadukan pun tidak mengapa kerana tahu suaminya mampu menanggung segala keperluan isteri-isteri.

Antara Komen2

Lelaki yg kaya raya macam ni layak kawin 4 dgn ibu2 tunggal yg ramai anak.baru sejahtera dunia akhirat, membantu yg sgt memerlukan. Itulah hikmah poligami.

Agama dah disalahguna….kalau betul2 syg dan patuh pada sunnah Rasulullah, ikutlah baginda.ada campur2, yg bergetah, yg tunggal. Niat utama baginda nak membela kaum yg tak berdaya.Tapi ada je ibu tunggal rupa bergetah. Yg tak bergetah tu boleh ditouch up sebab dpt suami yg mampu.

Walaupun halal bagi abg untuk beristeri 4 tapi abg tetap memilih beristeri 1,takut tak dapat bahagi kasih sayang seadilnya,terima kasih pada isteri yg selalu sibuk menghargai diri abg selama ini,lagi pon bini abg ada silat

kalau duit itu nilainya bahagia, betapa murahnya harga sebuah ikatan perkahwinan…

Hahahha..ko hidup je dgn duit to..dalam tak sedar ko jadi hamba duit suami aja..

Apa yg dapat kita belajar dari berita ni…selain dari semua nk jerut tengkuk ja…gud luck

Alahai.. aku follow dia dlm tiktok .. dia ade business lh dgn laki dia.. xyh nk sibuk hal org sgt lh..

kalau ada duit, aku pn x kesah.. skali nk balik umah bini lain, campak 20k.. ni kalau balik sini tibai duit bini sini, balik sane tibai duit bini sana, kau bg zakar aje.. sape pn menyampah nk poligami

Yang berpoligami bagi yang mampu …kami tengok aja ..sebb takut kejut harimau yang sedang tidur

Klau mampu mcm ni takda isteri pun nak marah. Ni nak beli brg dapur pun sangkak pastu nak mengatal

Sumber OMM/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*