Hati-Hati Dengan Lelaki Kerja Offshore, Cerita Bab Bilik Tidur Aku Menangis, Ni Hasil Aku Dapat Lepas Hampir 2 Tahun Kahwin

Assalamualaikum wbt. Terlebih dahulu. Jika artikal ni disiarkan banyak terima kasih aku ucapkan. Saat aku tulis benda ni dah 12 hari aku tak dapat contact laki aku. Kali ni bukan sbb line takde kat platform tapi sebab dia memang hilang.

Sebelum aku cerita lebih lanjut pasal macam mana semua boleh jadi mcm tu izinkan aku bukan pekung di dada aku untuk pengajaran semua yang sedang berhubungan dengan offshore. Tapi aku ingatkan hanya segelintir offshore sahaja beperangai malaun macam laki aku bukan semua.

Kami kenal tak lama dia kawan lama aku, lepas 9 tahun baru aku jumpa dia balik melalui facebook time tu aku tengah frust juga la. Dia aku malas nak siasat , tapi kami kamceng betul dalam 7 bulan. Walaupun jarak kiteorang jauh tapi hati tetap bersatu. Aku sabar je mesej dengan dia melalui watsup memang rasa sehati sejiwa betul. Aku tak suka lelaki sweet , aku suka lelaki biasa yg boleh buat aku gelak dan cool je. Alhamdulilah time tu aku jumpa orangnya suami aku.

Lepas kenal 3 bulan aku ajak datang rumah jumpa family, Alhamdulilah lagi smgt dia datang aku ingat lagi masa tu hari raya korban. Bawa lah daging korban dia datang. At first time tu la aku tengok dia lepas 9 tahun dia x hemsem pun gelap je, tapi entah kenapa aku fall in love kat dia. Lepas tu kami tunang hujung tahun tu dan kahwin bulan 3.

Memang ok mula2, dia janji nak jaga aku baik-baik..memang aku rasa bahagia sangat macam di syurga . Alhamdulilah..dia kal aku bila dia duk kat platform, cakap rindu bagai..faham perasaan aku macam mana rindu semua. First and last dia kal ak time kat platform. Lepas tu bulan 5 plak kami jumpa , aku celebrate bday dkt satu resort ni, happy sgt ni honeymoon pertama kiteorg dan aku rasa last kegembiraan aku dengan dia sebelum macam-macam hal jadi.

Korang mesti nak tahu apa jadikan, pertama dia x penah kal aku walau sepatah pun kalau aku kat sarawak dan dia di sana. Dia cakap dia x suka cakap fon. Kedua, dia x pernah bawak aku pergi pasar malam atau mall sbb takde benda nk beli. Ketiga, aku pernah naik teksi dari airport ke rumah dia sbb dia x jemput p kenduri kawan dia. Keempat,aku kena minta izin untuk peluk dia ,sebab dia x suka dipeluk panas katanya.

Kelima, dia dah x panggil aku sayang dan bahasakan dia abang dalam msj. Keenam,dia x pernah tidur rumah family aku. Ketujuh,dia x pernah datang melawat aku di sarawak walau dah hampir 2 tahun aku kahwin. Kelapan,kami x pernah kuar makan sama-sama kat kedai makan sbb dia x minat makan kat luar. Kesembilan, dia kalau kat darat sibuk menjual sana sini balik pkul 4-5 pagi

Dan macam-macam lagi, aku malas nak cerita bab bilik tidur aku… nanti kang ada yang nangis. Ni hasil aku dapat lepas hampir 2 tahun kahwin, perkahwinan yang aku harap sampai syurga akhirnya menjadi neraka dunia untuk aku.

Korang tahu tak skrg dia hilang, aku x pernah terfikir yg Allah atur sglanya untuk tunjuk kat aku. Aku cuma dapat tahu,dia tiada di platform dan balik darat tapi sepatah pun aku x dpt msj dan panggilan dari dia. Aku kal ofis dia,tanya maybe dia masuk ofis sbb last aku jumpa dia bulan 8, so bulan 9 dan 10 dia kata dia masuk ofis..ofis kata for sure dia tak ada pun masuk ofis. So aku diperbodohkan oleh laki offshore yang ingat aku yang tak tahu apa2 pasal dunia laut tu.. macam-macam lah hal nyer..

Sekarang ni, aku just redha dah. Aku dah p pejabat agama aku fikir hidup aku tak boleh dimusnahkan oleh tsunami offshore. Aku mengaku aku sayang dia sangat. Tapi tu dulu, skrg aku tak boleh hidup dengan dialagi. Aku syak dia bersama perempuan lain wallahualam aku pun tak pasti. Aku tak tahu nak gambarkan betapa kecewanya aku dengan laki offshore tu..memang aku betul-betul tak tahu mana dia skrg sbb tgk schedule dalam hjg minggu ni dia naik platform balik …so aku just tunggu lagi macam perempuan lindungan kaabah ,tunggu dia contact aku macam selalu.

Aku tulis benda ni bukan nak suruh korang tolong cari laki aku, tak payah. Tiba masa dia akan muncul tu. Tapi aku cuma nak ingatkan hati-hati dengan offshore man ni serius aku pun x faham apa lagi yang dorang nak .aku tak kata aku baik tapi aku berani bagi jaminan aku setia je kat sini walau aku ada kerjaya dan rupa berbanding dia.

Tolong la ea, pikir dulu before nk hidup dengan offshore ni,dorang banyak duit nak perempuan macam 7e je, masuk lepas tu chow. Fikir betul-betul , buat istikarah dan musyawarah pikir lebih 100 kali biar Allah tunjuk jalan lurus. Aku sekarang ni dah fikir abes dah, memang aku x leh go on dah dengan mamat offshore ni aku kena move on sblm aku diperbodohkan lagi sekali. Orang kalau dah tipu sekali, for sure akan tipu lagi..

Jadi perempuan nI, kena kuat mental , emosi dan segalanya. Aku sedih sangat tapi aku terpaksa pergi aku yakin dia tak sayang aku,tiada orang syg someone tapi buat macam dia buat kat aku. Kepala otak aku pun nak pecah dah pkir pasal kiteorang. Aku nak stop dah. Semuanya.

Doakan eh korang. Allah mudahkan semua yang sulit dalam hidup aku. Aku buntu tapi aku yakin Allah Maha Penyayang, dia sayang giler aku. So aku skrg nI kena kuat banding smlm. Doakan ea

– BakalJ

Perkongsian ini mendapat perhatian warganet,

Shamsul – Dari cerita tu boleh la dibuat kesimpulan bahawa,segala apa yang berlaku adalah ketentuan Dan perancangan Allah,tapi percaya lah setiap apa yg berlaku pasti Ada kebaikan Dan cara utk Allah nak memertabatkan seseorg hambanya,sebelum membuat sebarang keputusan bincang lah dgn kedua Dua belah family Dan buat keputusan yg bernas jgn ikut nafsu.bersabar Itu separuh Dari Iman Dan Kita juga Kena percaya pada qado Dan qadar,insyAllah.saya doakan yg terbaik .

Laila – Mungkin kekurangan org die nmpk.. kekurangan die.. xde cerita plak.. cer tnye laki tu apa sebab die jd cmtu … Mesti ade sebab jgk tu..maybe la laki tu jnis bengap jgk pun…tp me aku kje offshore ..xde plak jumpe jnis cmni . Semua ok belaka . Time nk blik darat.. muka qla sunyum.. mau byr bil air dn rindu ank2

Razif – dsbabkan perangai sseorg…hbis kau kaitkn dgan pkerja offshore…baru belajar menaip ker….tukar la tajuk…letak tajuk suamiku hilang ke…suami ku dayus ker…jalan crta tak ad kena mngena dgan individu yg lain….ini semua sampah tuan2 puan2…buat p3nat je mmbaca….sila bljar lagi untuk mmbuat cerpen….

Wan RImau – Haha..laki ko tu jnis penting diri sndiri sombong berlagak kedekut..tu nme nye sikap dri diri sndiri..bkn kerana kerja..ni ko libat kn lelaki smua yg kerja sebagai offshore ni smua x bgus lh mcm tu..tu ko silap..x bleh sme kn kerja dngn peragai manusia..suami ko tu di sbb kn peragai bkn nye di sbb kn kje dye..dye jdi mcm tu..jngn sme kn suami ko gn lelaki lain yg kje kt offshore tu..x smua mcm tu..laki ko tu jnis bdoh jnis bangang..ad isteri but mcm xda isteri..laki jnis bangang lh tu nme nye…

Ezan – Org lain ok je..nasib anda kurang baik..jgn pandang salah pd lelaki je..cuba tgk balik dosa2 silam anda..anda tgh terima balasan dr dosa2 silam anda

Aisyah – Sebenarnya aku dah baca smpai habis..apa yg dia tulis..yg aku fhm xyah cari laki offshore..dia syak laki dia ada ppuan lain..syak je..g la jmpe family dia tnya kot2 dia skit ke apa ke kot2 laa xbest..sbb xtau apa kisah dlm bilik dia..

Delaila – Member aku ramai je yg keje offshore…tpi x dak plak depa semua tinggai anak bini depa…ank dh berderet dh…ok je idop…tak ilang pon…bnyak mkn ketum ke cik kak…bukan lelaki yg kerja offshore je perangai camtu kak…lelaki yg bergelar PU pon ade yg perangai camtu…lagi teruk…jangan la salahkan kerja offshore tu

Wan Faizol – Kenapa nak kaitkan offshore dgn jodoh kawin plak? Jem aku.. itu individu punya hal la takyah la kaitkan dgn keja dia.. keja apa pun kalo kepala masuk air.. tetap akan masuk air..kawan2 aku ramai yg offshore.sedara mara pun ramai..ok je seme

Zaki – Dh ko yg kenal kt org yg salah.. nk buat cmner. Bkn krja yg jdi masalah, tpi lbeh kpd soal hati yg ikhlas ke tk utk melayari hidup brsama . Klau nk curang, tk Kira jauh atau dkt laa.. cik adek oiii

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*