Sebelum Ini Wajah Ditutup, Ini Identiti Lelaki ‘Bermesra’ Sambil Selimut Dalam Wayang Dengan Sophia AlBarakbah?

Baru-baru ini, pelakon wanita, Sophia AlBarakbah ada memuat naik satu foto di Instagram Story memaparkan dirinya bersama seorang lelaki sedang berpelukan sambil berselimut dalam panggung wayang.

Bagaimanapun, identiti lelaki terbabit tidak dapat diketahui ramai kerana Sophia menutup muka teman lelakinya itu di dalam foto berkenaan.

Terbaharu, Sophia ada memuat naik video baru di Instagram Story menunjukkan diri sedang berbaring di atas katil hospital, tetapi tidak tahu sebabnya.

Perkara yang membuatkan video itu menjadi perhatian kerana kelihatan seorang jejaka sedang tersenyum sambil berjalan ke arah pelakon tersebut dan itu dirakam sendiri oleh Sophia.

Melalui tinjauan Beautifulnara, lelaki itu seakan-akan mirip dengan identiti jejaka yang sakan berpelukan dengan Sophia dalam panggung wayang, baru-baru ini.

Namun, hubungan mereka masih belum disahkan oleh Sophia dan sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya sama ada jejaka itulah yang sudah mencuri hati pelakon jelita berkenaan.

Sumber BN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*