Ali Puteh Beritahu Hidayah Bohong! Dakwa Hidayah Tabur ‘Sesuatu’ Di Pagar Rumah, Ali Beritahu Buktinya

Kuala Lumpur : Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, 30, kecewa apabila adik iparnya, Ali Puteh dan keluarganya hanya berdiam diri dan tidak membuat bayaran sebanyak RM60,000 seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Hidayah dalam satu hantaran video di Instagram meminta pihak mereka menyegerakan bayaran RM60,000 itu seperti diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah.

Hidayah Abam Enggan Ulas Isu Rayuan Ali Puteh Ditolak – 'Saya Tak Rasa Sudah Menang'

Menurut Hidayah, peguamnya sudah memberi tempoh selama 21 hari kepada pihak terbabit untuk menyerahkan kunci rumah dan membuat bayaran itu.

Dalam video yang sama, Hidayah turut memaklumkan hari ini, 10 Februari genap tiga tahun pemergian Abam.

“Abang, sayang datang rumah kita tapi, korang nilaikan sendiri.

Dia turut kecewa kerana kehadirannya bersama peguam ke rumah milik Allahyarham itu seolah-olah tidak dilayan apabila tidak ada sesiapa pun yang membuka pintu rumah.

“Korang boleh tengok sendiri rumah kami jadi apa. Sedih sangat-sangat. Dayah datang bersama peguam. Satu jam Dayah tunggu tiada siapa yang buka pintu rumah. Padahal ada kereta, motosikal arwah dan kasut.

“Sedih sangat-sangat datang dengan perasaan hampa. Datang rumah sendiri tapi tak dibagi masuk,” tulisnya.

Sementara itu, Ali ketika dihubungi menafikan tiada orang di kediaman Allahyarham seperti dakwaan Hidayah.

“Bohong, kata takda orang. Abang ipar saya juga dapat berbual dengan peguamnya,” katanya.

Ali turut mendakwa Hidayah meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, limau dan lain-lain lagi dipercayai untuk upacara ritual tertentu.

“Dah balik tinggal barang? Bezakan apa yang dia cakap dalam video. Hari ini, dia (Hidayah) dan rombongan keluarganya serta peguam datang buat ritual keagamaan di rumah ini (rumah Abam). Rumah ni ditabur garam kasar dan limau serta benda-benda. Tujuan datang kata nak berbincang tapi?” katanya menerusi hantaran video.

Ali berkata, dia sudah tidak mahu berselindung lagi dengan perkara itu

“Hari ini siap dengan bukti. Allah itu adil. Tunjukkan jalan buat saya. Biarlah orang tahu siapa dia,” katanya,

Harian Metro sebelum ini juga melaporkan mahkamah menolak rayuan Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarga bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari lalu yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM60,000 kepada Norhidayah kerana memfitnah, dua tahun lalu.

Antara komen netizen,

Lebih Sudu Dari Kuah.. Elok Dilempang Je Dia Ni. Biar Berpusing Kepala Tu. Baru Otak Dia Duduk Elok.

Kalau Abam Masih Hidup Mau Dilempang Nye Adik Dia Nieh

Rumah Dia Tu Ali Oii.. Dia Nak Tabur Apa Pun Biaq Pi La… Rumah Dia Kan.. Yang Ko Pun Satu Hal.. Yang Ko Nyorok Dalam Rumah Tu Dah Apa Hal.. Cuba Ko Keluar Bincang Elok² Kan Bagus…

Rumah Tu Hak Anak Arwah, Darah Daging Sendiri, Sampai Hati Buat Gitu Pada Anak Yatim, Darah Daging Sendiri Pula Tu, Tak Cukup Dengan Itu Tabur Fitnah Lagi. Dayah Nak Tabur Apa Pun Suka Hati Dia La, Tu Kan Rumah Dia Dan Anak Dia, Manatahu Dia Tabur Belerang Nak Elak Ular Datang Masuk Dalam Kawasan Rumah, Orang Yang Kat Dalam Rumah Tu Tak Da Rasa Malu Ke? Dah La Menumpang Pemalas Pula Nak Bersihkan Kawasan.

Sesungguhnya Manusia Yg Hitam Hatinya Akan Cuba Pertahankan Selagi Boleh Walaupun Dia Tahu Itu Bukan Hak Miliknya. Dah Lah Denda 60k Belum Bayar, Kunci Rumah Tk Bagi Lepas Tu Tuduh Org Tabur Sesuatu Kat Rumah…. Sedarlah Wahai Ali Puteh, Hak Org Tetap Hak Org Kau Kena Kembalikannya Semula Seperti Yg Disuruh Mahkamah. Kau Dah Tk Boleh Nk Kelentong Org Lagi. Sudah2 Lah Tu Sedar Dan Insaf Lah

Pelik Kenapa Dayah Tu X Duk Kat Umah Dia… Ali Plak Yang Duduk… Yang Ali Pun X Tahu Malu Ke… Kalo Ikut Faraid Bapa Saudara X Dapat Pape… Sebab Arwah Ada Anak Laki2…

Bila La Nak Settle Masalah Mereka Ni…Kesian Arwah Disana..Harta Yg Ada Bahagikanlah Ikut Hukum Faraid..Yg Berhak Terima…Terimalah Dgn Hati Yg Terbuka…Banyak Atau Sikit..Itulah Yg Termaktub Dlm Hukum..

Video,

Sumber Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*